Sunday, 23 October 2011

Terengganu ke Final


Minggu yang cukup memenatkan dengan kesibukan urusan kerja membataskan peluang untuk menulis reviu tentang semifinal kedua, seterusnya terlepas menonton perlawanan separuh akhir kedua, apapun dapat juga menonton highlite/rangkuman perlawanan dalam slot berita petang tadi.

Berjaya membuang badi tersekat di separuh akhir 4 kali sejak menjuarai Piala Malaysia – piala berprestij tanah air dengan menyingkirkan TWO HOT FAVOURITES, Kelantan (suku akhir) dan Selangor (semi), Terengganu membuktikan mereka pasukan yang sememangnya berada di kelas tersendiri, dengan sekali lagi gandingan hebat Ashaari Shamsudin/Manaf Mamat mempamer kredibiliti selaku pengempur berbisa tanah air. 

Bagi Ashaari dan Manaf, biarlah anda tidak dipandang K.Rajagobal, biarlah anda dikatakan tidak layak untuk menandingi ‘kehebatan’ K.Ruben, Fakri Saarani, mahupun Shahrizal Saad, biarkan sahaja jurulatih itu dengan ego sombongnya, yang penting dalam saingan Liga Malaysia, anda adalah asset yang cukup berharga, anda adalah kesayangan peminat, dan anda adalah tulang belakang Irfan Bakti dalam memacu perjalanan hebat Terengganu ke aksi final kedua musim ini, selepas Piala FA pada Jun – satu piala sudah didakap, satu lagi dalam proses dan tidak mustahil dengan apa yang ditunjukkan Sang Penyu dalam empat perlawanan lalu, mereka adalah HOT FAVOURITE untuk bergelar juara, seterusnya menoktahkan kemarau 10 tahun.

Kecewa 4 kali pada 2005 tewas kepada Selangor, seterusnya tiga kali berturut-turut - pada 2007 & 2008 tewas kepada Kedah, dan 2009 tewas kepada Negeri Sembilan, Terengganu menutup mulut pengkritik dengan menunjukkan aksi bertenaga dan meyakinkan, hantaran dan kawalan bola cantik, persefahaman dan kombinasi hebat para pemain dibantu taktikal dan strategi mantap Irfan - beliau tahu taktikal mana harus diadaptasi pada satu-satu situasi. 

Umpamanya ketika menentang Selangor pada semifinal pertama di Shah Alam, Irfan tidak terus menyenaraikan Ismail Faruqi yang kembali daripada penggantungan di dalam kesebelasan utama, sebaliknya mengekalkan Nordin Alias yang beraksi baik ketika menentang Kelantan di posisi itu – Ismail hanya dimasukkan di babak kedua menggantikan Hadi Yahya, sekaligus membuktikan Irfan bukan jenis jurulatih yang mengamalkan konsep ANAK EMAS. 

Ada jurulatih, pemain baru balik dari assignmen OUTSTATION, belum sempat menarik nafas terus diturunkan dalam kesebelasan utama, sedangkan penggantinya juga beraksi cemerlang. 

Kekentalan barisan pertahanan diterajui Mazuki Yusoff – satu-satunya anggota skuad juara 2001 yang masih beraksi, kali ini berperanan sebagai kapten, dilihat sebagai satu lagi faktor penting kejayaan Terengganu tahun ini seterusnya menghampiri misi merangkul DOUBLE buat pertama kali.

Kemeriahan Piala Malaysia 2011


Bagi anak-anak Trganu...sudah pasti ternanti2 final Piala Malaysia menentang N9  Sabtu ini. Nama-nama seperti Manaf Mamat, Ashaari Shamsudin, Sarbinee Alawee, Hadi Yahya, Kalng T dan Marzuki...menjadi sebutan peminat2 bola sepak khasnya peminat Trg. Bermain di tempat lain tidak mendatangkan masalah kpd pasukan Terengganu...mereka boleh menyesuaikan diri dgn persekitaran....Stadium Shah Alam sudah tentu penuh sesak dengan penyokong Obeng Jang Obeng dan penyokong Peteh...sudah tentu datang dengan seribu pengharapan...dengan slogan yang beraneka jenis. Apa yang penting kedua-dua pasukan perlu bermain dengan menarik.... Nak tengok jugak Hai-o bermain menentang negeri sendiri..mcm mana ye...Ok sama-sama kita ke Shah Alam 29 hb ni. Harap anak2 ganu di Lembah Klang dapat turun ke Shah Alam  untuk memberi sokongan padu dan terakhir kpd Skuad Penyu....ramai penyokong dari Terengganu datang jadi saya menyeru anak-anak ganu di Lembah Klang pun turut sama.